Assalamualaikum semua,
Lanjutan daripada post yang lalu, saya ingin memberikan sedikit buah fikiran melalui pengalaman saya sepanjang berniaga,
Mengapa tidak boleh buat pinjaman?
Boleh buat pinjaman sekiranya;
Yakin dengan keuntungan yang akan dijana.
Kesilapan kita @ mitos yang sering didengari oleh kita adalah mesti membuat pinjaman jika ingin memulakan perniagaan. Angggapan ini adalah salah sama sekali. Pinjaman sepatutnya dibuat apabila kita mahu mengembangkan perniagaan.
Dengan perniagaan yang sudah stabil kita boleh buat kira-kira berapa wang lebihan yang ada setiap hujung bulan. Dari wang lebihan itulah kita oleh mengira berapa pinjaman maksima yang kita boleh buat supaya bayaran pinjaman nanti tidak bermasalah.
Sudah biasa dengan jumlah wang yang banyak.
Apabila perniagaan sudah stabil, bermakna kita sudah boleh mengawal jumlah wang yang tertentu setiap bulan. Mengembangkan perniagaan bermakna kita ingin menambah jumlah wang yang masuk setiap bulan. Untuk itu, minda kita juga mesti bersedia untuk mengawal jumlah wang yang lebih banyak supaya segala perancangan pengembangan perniagaan berjalan lancar dan tidak terganggu.
Jika kita tidak bersedia dengan jumlah wang yang besar dalam akaun, banyak faktor-faktor luaran yang akan menggangu tumpuan kita terhadap pengembangan perniagaan.
Bagaimana mengumpul modal?
Tetapi kita mesti sentiasa ingat, Ilmu adalah penting untuk memastikan apakah kita meletakkan wang tersebut ditempat yang betul. Kita harus berhati-hati dengan kaedah pengendalian wang tersebut kerana apabila rakan-rakan sekeliling tahu kita ada sejumlah wang, mereka-mereka ini akan menawarkan pelbagai skim, perniagaan untuk menambah pendapatan. Itulah cabarannya. Oleh itu, kita mesti sentiasa bersedia dari awal dengan Ilmu seiiring dengan pertambahan wang yang kita ada.
Mengapa guna sedikit sahaja daripada duit yang kita ada?
Saya memetik status facebook Pn. Ainon Mohd; guna sebahagian sahaja wang simpanan yang ada. Maksimum RM2000.
Sifirnya mudah sahaja. Jika kita rugi dengan bisnes yang pertama. kita boleh belajar daripada bisnes pertama itu, perbaikinya dan bangkit semula dengan lebih baik. Tekanan kewangan dapat dikurangkan kerana kita masih ada simpanan.
No comments:
Post a Comment