Pages

Wednesday, June 10, 2015

Tips Penting Bila ingin Berniaga

Assalamualaikum semua,

Lanjutan daripada post yang lalu, saya ingin memberikan sedikit buah fikiran melalui pengalaman saya sepanjang berniaga,

Mengapa tidak boleh buat pinjaman?

Boleh buat pinjaman sekiranya;
Yakin dengan keuntungan yang akan dijana.

Kesilapan kita @ mitos yang sering didengari oleh kita adalah mesti membuat pinjaman jika ingin memulakan perniagaan. Angggapan ini adalah salah sama sekali. Pinjaman sepatutnya dibuat apabila kita mahu mengembangkan perniagaan. 

Dengan perniagaan yang sudah stabil kita boleh buat kira-kira berapa wang lebihan yang ada setiap hujung bulan. Dari wang lebihan itulah kita oleh mengira berapa pinjaman maksima yang kita boleh buat supaya bayaran pinjaman nanti tidak bermasalah.


Sudah biasa dengan jumlah wang yang banyak.

Apabila perniagaan sudah stabil, bermakna kita sudah boleh mengawal jumlah wang yang tertentu setiap bulan. Mengembangkan perniagaan bermakna kita ingin menambah jumlah wang yang masuk setiap bulan. Untuk itu, minda kita juga mesti bersedia untuk mengawal jumlah wang yang lebih banyak supaya segala perancangan pengembangan perniagaan berjalan lancar dan tidak terganggu. 

Jika kita tidak bersedia dengan jumlah wang yang besar dalam akaun, banyak faktor-faktor luaran yang akan menggangu tumpuan kita terhadap pengembangan perniagaan.



Bagaimana mengumpul modal?

Setiap duit lebihan yang ada di dalam akaun, poket kita adalah modal. Kebiasaan kita adalah berfikir apa lagi yang ingin dibeli/dibelanjakan apabila ada duit lebih. Jika kita mengubah minda kita untuk berniaga dan membangunkan perniagaan semenjak dari usia muda, dengan azam dan matlamat yang jelas, duit-duit yang lebih itu pasti akan digunakan/disimpan untuk manfaat yang lebih baik. Dalam erti kata lain simpan/labur wang untuk tambah wang.

Tetapi kita mesti sentiasa ingat, Ilmu adalah penting untuk memastikan apakah kita meletakkan wang tersebut ditempat yang betul. Kita harus berhati-hati dengan kaedah pengendalian wang tersebut kerana apabila rakan-rakan sekeliling tahu kita ada sejumlah wang, mereka-mereka ini akan menawarkan pelbagai skim, perniagaan untuk menambah pendapatan. Itulah cabarannya. Oleh itu, kita mesti sentiasa bersedia dari awal dengan Ilmu seiiring dengan pertambahan wang yang kita ada.

Mengapa guna sedikit sahaja daripada duit yang kita ada?

Saya memetik status facebook Pn. Ainon Mohd; guna sebahagian sahaja wang simpanan yang ada. Maksimum RM2000.
Sifirnya mudah sahaja. Jika kita rugi dengan bisnes yang pertama. kita boleh belajar daripada bisnes pertama itu, perbaikinya dan bangkit semula dengan lebih baik. Tekanan kewangan dapat dikurangkan kerana kita masih ada simpanan.

Harapan saya agar coretan ini dapat memberi manfaat kepada tuan/puan. Insyallah bertemu lagi pada coretan yang akan datang.








Tuesday, May 26, 2015

Apa perlunya Bisnes???

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan semua :)

Coretan ini sekadar buat bacaan ringan daripada pengalaman sepanjang saya berniaga. Saya fokuskan coretan saya untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam pasaran bebas. (Bukan dapat Projek dari kerajaan, bukan Francais dan bukan MLM atau yang berkaitan dengannya).

Apa itu Bisnes?
Tuan/Puan boleh jumpa pelbagai jawapan dalam kamus google. Bagi saya Bisnes adalah suatu proses awal untuk kita belajar meraih pendapatan secara kecil-kecilan bagi mengumpul modal untuk ke tahap yang lebih tinggi. Bagi Tuan/Puan yang tidak lahir dari golongan yang berbisnes, memang dugaan yang bakal dilalui adalah lebih sukar berbanding dengan mereka yang lahir dalam suasana bisnes.

Buat masa ini saya hanya ingin menyentuh tentang Tuan/Puan yang ingin berbisnes yang lahir dalam persekitaran yang bukan bisnes kerana saya dalam golongan ini.

Tindakan yang perlu ada sebelum berbisnes adalah;

  # Ilmu
Timba ilmu perniagaan dari semasa ke semasa. Tidak perlu risau jika masih tiada idea untuk berniaga apa. Insyallah Allah akan bukakan jalan bila kita sentiasa berusaha menambah Ilmu. Jika ada modal kewangan pergilah ke kursus-kursus perniagaan khususnya yang dianjurkan oleh mereka-mereka yang telah berjaya dalam pasaran bebas. 

Bagi yang tiada modal kewangan, boleh ikuti pelbagai rangkaian media sosial yang menyediakan pelbagai info dan ilmu berguna. Sebagai contoh Boleh 'follow' facebook 'Ainon Mohd.' Tuan/Puan boleh cari nama tersebut dalam Google/Facebook untuk mengenali beliau.

 # Pengalaman
Jika memang sudah terpasak niat Tuan/Puan ingin berniaga, maka carilah pengalaman dengan bekerja/berkulilah dengan mereka yang telah lama berniaga. Jangan dikira berapa upahnya, kerana matlamat utama kita adalah belajar berniaga. 'Ikat perut' sudah tentu menjadi kebiasaan dalam situasi begini. 

Bagi Tuan/Puan yang sudah ada sasaran perniagaan yang ingin diceburi maka berkulilah dengan mereka yang berniaga dalam bidang itu. Upah yang diperolehi mungkin tidak seberapa tetapi apa yang lebih penting adalah;
 - Kita tahu proses kerja dari awal hingga akhir
 - Kita kenal siapa pembekal, pemborong dan penguna akhir
 - Kita tahu kos-kos yang terlibat.

Bila sudah ada pengetahuan dan keyakinan, boleh la mula merangka strategi untuk memulakan bisnes sendiri. Tetapi jangan sesekali bermusuh atau bersaing dengan majikan lama. Sebaliknya berbincang dan bekerjasama jika perlu untuk saling melengkapi dan membangun maju bersama-sama. Tidak akan berkurang rezeki yang dikongsi. Sebaliknya akan lebih melimpah ruah dan selalunya Rezeki kurniaan Allah itu akan datang dalam bentuk yang tidak kita sangka.

# Modal
Pantang larang paling penting dalam memulakan perniagaan adalah mulakan dengan modal yang ada di tangan. Tidak perlu memulakan perniagaan dengan membuat pinjaman. Cari bisnes yang boleh dimulakan dengan modal yang ada ditangan. Gunakan sebahagian sahaja duit yang ada di tangan itu sebagai modal.


Mengapa tidak boleh buat pinjaman?
Bagaimana mengumpul modal?
Mengapa guna sedikit sahaja daripada duit yang kita ada?

Pada Post yang akan datang saya akan menulis sedikit tentang perkara ini dan fasa-fasa awal perniagaan.

Semoga Coretan ini Bermanfaat untuk kita semua.




Thursday, November 21, 2013

PENGENALAN

ANGIN BAYU ENTERPRISE TELAH BEROPERASI SEJAK BULAN JUN 2008.
PERKHIDMATAN YANG KAMI SEDIAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT;


One Stop Centre for Laundry;

 # Normal Wash
# Dry Cleaning (Aquawash/Wet Cleaning)

# Carpet Cleaning 

wassap: www.wasap.my/60184034605 (Azizi)


Homestay;



Main Office:
96, Jalan PE 1, Taman Paya Emas, 76450 Melaka

 Sila hubungi/sms/wassup/ no. berikut untuk sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami.

H/p           : 012-7107590 (Nasir Haron)
email        : anginbayu96@gmail.com
facebook : dobitamanpayaemas

Terima kasih