Pages

Tuesday, May 26, 2015

Apa perlunya Bisnes???

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan semua :)

Coretan ini sekadar buat bacaan ringan daripada pengalaman sepanjang saya berniaga. Saya fokuskan coretan saya untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam pasaran bebas. (Bukan dapat Projek dari kerajaan, bukan Francais dan bukan MLM atau yang berkaitan dengannya).

Apa itu Bisnes?
Tuan/Puan boleh jumpa pelbagai jawapan dalam kamus google. Bagi saya Bisnes adalah suatu proses awal untuk kita belajar meraih pendapatan secara kecil-kecilan bagi mengumpul modal untuk ke tahap yang lebih tinggi. Bagi Tuan/Puan yang tidak lahir dari golongan yang berbisnes, memang dugaan yang bakal dilalui adalah lebih sukar berbanding dengan mereka yang lahir dalam suasana bisnes.

Buat masa ini saya hanya ingin menyentuh tentang Tuan/Puan yang ingin berbisnes yang lahir dalam persekitaran yang bukan bisnes kerana saya dalam golongan ini.

Tindakan yang perlu ada sebelum berbisnes adalah;

  # Ilmu
Timba ilmu perniagaan dari semasa ke semasa. Tidak perlu risau jika masih tiada idea untuk berniaga apa. Insyallah Allah akan bukakan jalan bila kita sentiasa berusaha menambah Ilmu. Jika ada modal kewangan pergilah ke kursus-kursus perniagaan khususnya yang dianjurkan oleh mereka-mereka yang telah berjaya dalam pasaran bebas. 

Bagi yang tiada modal kewangan, boleh ikuti pelbagai rangkaian media sosial yang menyediakan pelbagai info dan ilmu berguna. Sebagai contoh Boleh 'follow' facebook 'Ainon Mohd.' Tuan/Puan boleh cari nama tersebut dalam Google/Facebook untuk mengenali beliau.

 # Pengalaman
Jika memang sudah terpasak niat Tuan/Puan ingin berniaga, maka carilah pengalaman dengan bekerja/berkulilah dengan mereka yang telah lama berniaga. Jangan dikira berapa upahnya, kerana matlamat utama kita adalah belajar berniaga. 'Ikat perut' sudah tentu menjadi kebiasaan dalam situasi begini. 

Bagi Tuan/Puan yang sudah ada sasaran perniagaan yang ingin diceburi maka berkulilah dengan mereka yang berniaga dalam bidang itu. Upah yang diperolehi mungkin tidak seberapa tetapi apa yang lebih penting adalah;
 - Kita tahu proses kerja dari awal hingga akhir
 - Kita kenal siapa pembekal, pemborong dan penguna akhir
 - Kita tahu kos-kos yang terlibat.

Bila sudah ada pengetahuan dan keyakinan, boleh la mula merangka strategi untuk memulakan bisnes sendiri. Tetapi jangan sesekali bermusuh atau bersaing dengan majikan lama. Sebaliknya berbincang dan bekerjasama jika perlu untuk saling melengkapi dan membangun maju bersama-sama. Tidak akan berkurang rezeki yang dikongsi. Sebaliknya akan lebih melimpah ruah dan selalunya Rezeki kurniaan Allah itu akan datang dalam bentuk yang tidak kita sangka.

# Modal
Pantang larang paling penting dalam memulakan perniagaan adalah mulakan dengan modal yang ada di tangan. Tidak perlu memulakan perniagaan dengan membuat pinjaman. Cari bisnes yang boleh dimulakan dengan modal yang ada ditangan. Gunakan sebahagian sahaja duit yang ada di tangan itu sebagai modal.


Mengapa tidak boleh buat pinjaman?
Bagaimana mengumpul modal?
Mengapa guna sedikit sahaja daripada duit yang kita ada?

Pada Post yang akan datang saya akan menulis sedikit tentang perkara ini dan fasa-fasa awal perniagaan.

Semoga Coretan ini Bermanfaat untuk kita semua.